Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

SCAMMER DI LAMAN MAYA: REALITI DI MALAYSIA DAN UNDANG-UNDANG UNTUK MELINDUNGI MASYARAKAT

Internet Scammer atau penipu di laman maya adalah individu atau kumpulan yang menggunakan internet untuk melakukan aktiviti penipuan. Mereka menggunakan pelbagai taktik untuk menipu orang, seperti emel phishing, laman web palsu, dan kejuruteraan sosial. Di Malaysia, penipuan termasuk penipuan jualan dalam talian, penipuan perdagangan dalam talian, penipuan Afrika, penipuan Macau, penipuan Emel Perniagaan Terjejas (Business Email Compromised- BEC), pinjaman palsu, dan penipuan SMS. Modus operandi scammer ini berbeza bergantung kepada jenis penipuan. Sebagai contoh, sesetengah scammer menggunakan laman web dan aplikasi pelaburan palsu untuk menarik mangsa ke dalam pelaburan palsu. Lain-lain kaedah adalah menggunakan emel phishing dan mesej untuk menipu orang supaya mendedahkan maklumat peribadi mereka, seperti butiran akaun bank dan kata laluan. Scammer juga boleh menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan kepercayaan mangsa mereka. Menurut statistik [...]

USIM BAWAKAN PENSYARAH ANTARABANGSA KE SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR AMPANGAN SEREMBAN

USIM sebagai universiti barakah telah melebarkan lagi Program Khidmat Masyarakat dan program Knowledge Transfer (Pemindahan Ilmu) dengan membawakan barisan pensyarah dari pelbagai negara ke SMA Dato’ Klana Petra Maamor Ampangan Seremban (SMADKLANA). Melalui Program Pemantapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ini, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM dengan Kerjasama pihak PIBG SMADKLANA telah berjaya membawakan barisan pensyarah yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris dari negara Jordan, Nigeria, Sri Lanka dan Syria. Pengarah Program Profesor Madya Dr. Mohd Rosmizi Abd Rahman mengatakan bahawa pihak FKP USIM telah mengambil SMADKALA sebagai sekolah angkat fakulti FKP dan program ini merupakan salah satu program yang dirancang bagi membantu memantapkan aspek akademik para pelajar. Melalui program sebegini, para pelajar dan juga guru akan mendapat peluang untuk berinteraksi secara terus dengan para pensyarah antarabangsa [...]

INTIFADAH – GERAKAN GLOBAL SOLIDARITI SOKONG PALESTIN TIDAK DAPAT DISEKAT LAGI.

INTIFADAH atau gerakan global solidariti yang menyokong hak, keselamatan, dan pembebasan Palestin semakin tersebar dengan meluas di seluruh dunia dan tidak dapat disekat lagi. Penduduk dari berbagai negara sedang bangun bersama-sama untuk menunjukkan sokongan solidariti kepada Palestin. Ini adalah sebuah sokongan kuat membuktikan isu Palestin bukan sahaja menjadi perhatian serius di kalangan rakyat Palestin sendiri, tetapi juga mendapat perhatian global yang semakin meningkat dan tidak dapat disekat lagi. […]

FKP POSTGRADUATE RESEARCH CONFERENCE 2023 MELESTARIKAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

Memperkasakan mahasiswa di peringkat Pengajian Tinggi merupakan salah satu matlamat utama pendidikan pada abad ke-21. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menyahut seruan tersebut dengan melaksanakan Postgraduate Research Conference 2023 dengan tema “Sustainable Education and Human Well-Being” bagi meraikan kelestarian pendidikan dan kesejahteraan manusia. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan di seluruh institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kaedah pembentangan perlu dilihat sebagai satu elemen pembelajaran yang penting di mana elemen ini dapat memupuk sikap keyakinan diri dan sikap keupayan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain mengasah pemikiran kritis para pelajar. Postgraduate Research Conference 2023 (PRC23) adalah program yang diasaskan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang bertindak sebagai pemangkin kepada pelajar pascasiswazah untuk membentangkan penyelidikan mereka. Persidangan tersebut bertindak sebagai wadah [...]

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

Dalam agama Islam, aktiviti dakwah merupakan suatu usaha yang sangat mulia, dipandang tinggi dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Ini kerana dakwah merupakan tugas utama para nabi dan rasul alayhim al-Solat wa al-Salam terdahulu dalam menyelamatkan umat manusia daripada gelapnya kejahilan kepada terangnya cahaya hidayah. Abu Al-A’la Al-Mawdudi (1903-1979) dalam membahaskan erti dakwah menyebutkan, dakwah bererti seruan Rasul menuju Ilahi, yakni mengajak manusia memiliki nilai-nilai terpuji dan agung. Dakwah itu menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, pemerhatian, rasa, daya cipta dan hati nurani. Dalam Surah Fussilat 41, ayat 33, Allah SWT menyatakan: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Menyedari [...]

PERKASA DIRI KE ARAH MELESTARIKAN MASYARAKAT MADANI

Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. Selaras dengan enam tonggak MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan diri dan ihsan, ia bakal memberi perubahan positif dalam mencapai Malaysia yang sejahtera, berdaya saing dan maju. Justeru, setiap individu perlu mempersiapkan diri untuk berubah secara holistik demi menjamin kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan. Rentetan itu, pemerkasaan diri perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan setiap individu memiliki kualiti diri yang hebat. Pemerkasaan akhlak muslim juga menjadi intipati dalam melahirkan masyarakat ‘madani’. Akhlak yang baik menjadi cerminan diri individu dan ‘role model’ terhadap masyarakat umumnya. Pembentukan akhlak yang baik disemai dari kecil hinggalah lanjut usia. Ianya sinonim dengan [...]