Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

PROGRAM SULAM SINERGI MASJID DAN SURAU PUPUK KEMASYARAKATAN

Program Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM) anjuran Kursus AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen, Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, dengan penglibatan pelajar Tahun 3 program Da’wah dan Pengurusan Islam telah berlangsung pada 17, 18 dan 19 Jun 2022. Program SULAM tersebut melibatkan kerjasama bersama Surau Desa Cempaka, Masjid Al-Azim dan Masjid Dato’ Klana Petra di Nilai, Negeri Sembilan. […]

DUNIA MEDIA, PENGARUH KEPADA MASYARAKAT ISLAM DALAM PENYAMPAIAN DA’WAH

DUNIA MEDIA, PENGARUH KEPADA MASYARAKAT ISLAM DALAM PENYAMPAIAN DA’WAH: INTERAKSI SILANG BUDAYA ANTARA USIM & UIN SAIZU Konsep pembinaan masyarakat bertamadun dari perspektif Islam kekal didasari dengan asas yang sama walau berlaku perubahan masa dan suasana dalam kehidupan manusia dari generasi ke generasi. Kemajuan teknologi telah menghasilkan inovasi dalam evolusi dan revolusi media komunikasi yang turut merubah budaya masyarakat dalam berinteraksi. […]

VAKSINASI SEBAGAI SALAH SATU IKHTIAR BAGI MENAMATKAN PANDEMIK COVID-19

Sejak November 2019, sudah lebih 2 tahun dunia dilanda ancaman pandemik Covid-19. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat bagi menamatkan pandemik ini demi kemaslahatan masyarakat umum di seluruh dunia seperti perintah kawalan pergerakan, penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka, sanitasi kawasan umum dan pencucian anggota badan. Dalam konteks perubatan pula, Nabi SAW pernah bersabda, yang menggesa umatnya untuk berikhtiar mencegah segala penyakit: قالَتِ الأَعْرَابُ: “يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَتَدَاوَى.” قَالَ: ‏”‏نَعَمْ يَا عِبَادَ اللَّهِ تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ شِفَاءً أَوْ قَالَ دَوَاءً إِلاَّ دَاءً وَاحِدًا.” قَالُوا: “يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُوَ؟” قَالَ: ‏”‏الْهَرَمُ.” […]

ISLAM AND COSMOLOGY

The cosmos or the universe (al-`Ālam) in Islam is generally defined as “everything other than Allah (SWT).” This definition has its basis in the al-Qur’an. It is repeatedly emphasized in the al-Qur’an that Allah (SWT) is “Lord of all the worlds” and that to Allah (SWT) belongs “all in the heavens and the earth, and what is in between.” […]

CAKNA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KETIKA BENCANA

Belum pun reda serangan virus pembunuh COVID-19 yang melanda, negara sekali lagi dikejutkan dengan kejadian bencana banjir yang disifatkan sebagai antara yang terburuk pada abad ini. Bencana ini telah meragut banyak nyawa dan turut memusnahkan rumah, kenderaan, perkakasan rumah, haiwan ternakan dan banyak lagi. Ia juga turut mengundang kepada pelbagai pelbagai penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A. Tambahan dari itu, tanpa kita sedar bencana banjir yang melanda ini telah memberikan kesan buruk terhadap kesihatan emosi dan psikologi mangsanya tidak kira sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Terkini, sehingga 27 Disember 2021, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, seramai 48 orang telah menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara, manakala lima lagi masih hilang. […]

GRADUAN MENGANGGUR: SALAH SIAPA?

Terdahulu, Malaysia telah merangka Wawasan 2020 sebagai pelan lonjakan kemajuan  negara, namun pandemik COVID-19 yang berlaku telah memberi implikasi yang besar   kepada sektor ekonomi dan pembangunan. Sektor pekerjaan antara sector yang terjejas   dengan kenaikan kadar pengangguran di mana Jabatan Perangkaan Malaysia telah merekodkan terdapat peningkatan kadar pengangguran  kepada 4.9 peratus pada Januari 2021 berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020. Banyak pekerja  mengalami  pengangguran  disebabkan  sektor  pekerjaan  yang  terjejas apabila  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19 termasuklah sektor  pelancongan, penerbangan,  perniagaan, industri  kreatif, perumahan, pembuatan, perniagaan, sumber  manusia,  perubatan  swasta,  perkhidmatan  profesional, pertubuhan  bukan  kerajaan  (Non-Governmental Organization),  pertanian  dan  perladangan. […]