IBRAH DAN PELAJARAN DARIPADA HIJRAH RASULULLAH SAW
Musim haji tahun ini telah pun tamat, begitu jugalah Bulan Zulhijah 1444 hijrah ini yang akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Berlalunya Zulhijah 1444H, menandakan ketibaan bulan Muharam 1445 Hijrah. Kata Imam al-Hasan al-Basri rhm: “Innama anta ayyam, idha dhahaba minka yawm, dhahaba ba’duka.” Maksudnya: “Sesungguhnya diri mu adalah himpunan hari-hari, apabila berlalunya satu hari daripada diri mu, maka berlalulah sebahagian daripada kehidupan mu.” Untuk tidak mensia-siakan berlalunya sebahagian daripada kehidupan kita, artikel ini mengajak para pembaca untuk menekuni dan menghayati salah satu ibrah atau pelajaran, daripada ratusan malah ribuan ibrah atau pelajaran, yang terdapat dalam Sirah Hijrah Baginda SAW dan para Sahabat RA. Ibrah yang ingin dikongsikan di sini adalah kepentingan untuk mengambil asbab (sebab-sebab) dan meyakini kekuasaan Allah SWT sebagai Musabbib al-Asbab (penyebab segala [...]
PERPECAHAN DAN PERBALAHAN PEMBUNUH KESEJAHTERAAN UMMAH
Sejak kebelakangan ini, terutamanya dalam musim menjelang pilihan raya negeri (PRN), sebilangan masyarakat kita kelihatan semakin galak membugarkan perpecahan, tercari-cari perbezaan dan kelemahan pihak lain, menyebarluaskan fitnah dan keburukan, serta bertepuk tangan melihat pihak yang dibenci jatuh terjelepuk ditimpa kesukaran dan kejatuhan. Medium penyebar perpecahan mutakhir ini pula umpama ‘minyak pelincir’ yang canggih terutamanya melalui dunia maya di internet. Namakan apa sahaja medium dan aplikasinya seperti e-mel, Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram atau Tik-Tok, semuanya adalah medium pilihan masyarakat pelbagai latar belakang demografi. Ia merentasi jantina, bangsa, agama, batasan negara, tahap pendidikan, kerjaya dan sebagainya. Inti pati persengketaan dan permusuhan sangat pantas dan mudah disebar dan dicapai oleh masyarakat ‘netizen’. Ia boleh disebarkan 24 jam sehari, sampai ke pengetahuan khalayak sepantas sekelip mata, kebolehan untuk mengubah suai kandungan [...]
EIDUL ADHA BUKAN SETAKAT QURBAN BINATANG…..
Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia merayakan hari raya qurban atau Eidul Adha, dan tahun ini Eidul Adha dijangka jatuh pada 29 Jun, sambutan hari raya itu bagi mengenang kembali peristiwa qurban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah. Peristiwa itu dirakamkan Al Quran dalam surah as-Saffat ayat 99 hingga 111. Kelompok ayat ini berisi tentang penantian Nabi Ibrahim akan kehadiran seorang anak, perintah Allah untuk mengurbankan anak tersebut, hingga anugerah-Nya terhadap keduanya sebab ketaatan pada-Nya. Asal-usul ibadah kurban berasal dari peristiwa sejarah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim . Peristiwa ini akan selalu disebut-sebut pada setiap Idul Adha tiba. Hal ini untuk mengenang pengurbanan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim dalam rangka menunaikan perintah Allah SWT. Berkat ketulusan hati beliau, Allah menerima [...]
DIALOG ANTARA AGAMA SEBAGAI SARANA MENGATASI ISLAMOFOBIA DAN XENOFOBIA
DIALOG ANTARA AGAMA SEBAGAI SARANA MENGATASI ISLAMOFOBIA DAN XENOFOBIA: PELAKSANAAN SCRIPTURAL REASONING 1/2023 DI BILIK AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE (AGENT), 13/3/2023, ISNIN, JAM 1500 – 1700. Dalam Surah al-Hujurat 49: ayat 13, Allah SWT berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” Dialog antara agama adalah antara sarana terbaik yang menggunakan pendekatan partisipatori untuk berkenal-kenalan dan saling mengenali dalam kalangan penganut pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Jika diusahakan [...]
PERKASA WANITA DENGAN KASIH
Wanita merupakan tunggak utama dalam pembangunan negara. Bermula dari institusi keluarga hinggalah ke arena kepimpinan negara, peranan wanita tidak boleh disanggah mahupun dikecilkan. Lebih sinonim, kehadiran wanita mewarnai kehidupan setiap individu yang berada di sekelilingnya. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 ini, suntikan tema “kasih wanita” menjadi gagasan untuk memperkasakan golongan wanita sebagai modal insan yang berdaya saing, kompeten, dihargai, dan mencapai kesejahteraan holistik. Sehubungan itu, tema “kasih” ini tercipta hasil akronim yang memberi refleksi kepada nilai keluarga iaitu Kasih sayang, Akhlak, Sihat fizikal dan mental, Ilmu dan Harmoni (KASIH). Elemen kasih ini amat signifikan dalam memperkasakan wanita ke arah mencapai kehidupan sejahtera. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan statistik pemerkasaan wanita dalam domain terpilih bagi Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2021 adalah sebanyak 0.707 [...]
TUJUH FADILAT PUASA MENURUT IMAM AL-IZZ IBN ABD AL-SALAM (577-660H)
Setelah berlalunya malam Nisfu Syaaban, ini menunjukkan bahawa bulan Ramadan bakal menjelang tiba. Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al-shahr al-mubārak), bulan ibadat (shahr al-Ibadah) dan penghulu segala bulan Islam (sayyid al-shuhūr). Pada bulan Ramadan, semua umat Islam yang cukup syarat wajib puasa ditaklifkan untuk menyempurnakan ibadat puasa. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, 2: ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” […]