13 Oktober 2025 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan International Leadership Mobility Program 2.0, sebuah program mobiliti antarabangsa yang berlangsung dari 5 hingga 12 Oktober 2025.Program ini merupakan edisi kedua dan telah disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Islamic University of Maldives, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia.Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKP, pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup terbang jauh dari negara masing-masing untuk menyertai program ini bersama warga USIM.
“Kami berharap semua peserta dapat memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman berharga melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, khususnya ketika sesi sit-in class bersama pensyarah USIM. Ia bukan sahaja memperkaya pengetahuan, malah membuka peluang interaksi dan perkongsian budaya yang bermakna,” katanya.Beliau turut mengalu-alukan para peserta untuk mempertimbangkan menyambung pengajian pascasiswazah di USIM dalam bidang yang bersesuaian.Sementara itu, salah seorang peserta dari Islamic University of Maldives, Ustaz Ismail Naser, menyatakan bahawa program ini telah membangkitkan semangat dan motivasi dalam kalangan peserta untuk terus melibatkan diri dalam program antarabangsa yang lain.“Perkenalan dan sesi bersama pensyarah USIM membuka ruang jaringan kerjasama baharu serta memperkukuh hubungan antarabangsa antara institusi,” katanya.
Program ini bukan sahaja berjaya mengukuhkan hubungan antarabangsa antara USIM dan institusi rakan strategik, malah membuka ruang kerjasama akademik dan mobiliti pelajar yang lebih meluas pada masa akan datang.FKP berharap agar penganjuran International Leadership Mobility Program ini akan menjadi platform berterusan dalam melahirkan pemimpin pelajar berwibawa di peringkat global, selaras dengan visi USIM sebagai universiti berteraskan integrasi ilmu
![]() |
![]() |
---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |