Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

INTIFADAH – GERAKAN GLOBAL SOLIDARITI SOKONG PALESTIN TIDAK DAPAT DISEKAT LAGI.

INTIFADAH atau gerakan global solidariti yang menyokong hak, keselamatan, dan pembebasan Palestin semakin tersebar dengan meluas di seluruh dunia dan tidak dapat disekat lagi. Penduduk dari berbagai negara sedang bangun bersama-sama untuk menunjukkan sokongan solidariti kepada Palestin. Ini adalah sebuah sokongan kuat membuktikan isu Palestin bukan sahaja menjadi perhatian serius di kalangan rakyat Palestin sendiri, tetapi juga mendapat perhatian global yang semakin meningkat dan tidak dapat disekat lagi. […]

FKP POSTGRADUATE RESEARCH CONFERENCE 2023 MELESTARIKAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

Memperkasakan mahasiswa di peringkat Pengajian Tinggi merupakan salah satu matlamat utama pendidikan pada abad ke-21. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menyahut seruan tersebut dengan melaksanakan Postgraduate Research Conference 2023 dengan tema “Sustainable Education and Human Well-Being” bagi meraikan kelestarian pendidikan dan kesejahteraan manusia. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan di seluruh institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kaedah pembentangan perlu dilihat sebagai satu elemen pembelajaran yang penting di mana elemen ini dapat memupuk sikap keyakinan diri dan sikap keupayan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain mengasah pemikiran kritis para pelajar. Postgraduate Research Conference 2023 (PRC23) adalah program yang diasaskan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang bertindak sebagai pemangkin kepada pelajar pascasiswazah untuk membentangkan penyelidikan mereka. Persidangan tersebut bertindak sebagai wadah [...]

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

Dalam agama Islam, aktiviti dakwah merupakan suatu usaha yang sangat mulia, dipandang tinggi dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Ini kerana dakwah merupakan tugas utama para nabi dan rasul alayhim al-Solat wa al-Salam terdahulu dalam menyelamatkan umat manusia daripada gelapnya kejahilan kepada terangnya cahaya hidayah. Abu Al-A’la Al-Mawdudi (1903-1979) dalam membahaskan erti dakwah menyebutkan, dakwah bererti seruan Rasul menuju Ilahi, yakni mengajak manusia memiliki nilai-nilai terpuji dan agung. Dakwah itu menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, pemerhatian, rasa, daya cipta dan hati nurani. Dalam Surah Fussilat 41, ayat 33, Allah SWT menyatakan: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Menyedari [...]

PERKASA DIRI KE ARAH MELESTARIKAN MASYARAKAT MADANI

Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. Selaras dengan enam tonggak MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan diri dan ihsan, ia bakal memberi perubahan positif dalam mencapai Malaysia yang sejahtera, berdaya saing dan maju. Justeru, setiap individu perlu mempersiapkan diri untuk berubah secara holistik demi menjamin kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan. Rentetan itu, pemerkasaan diri perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan setiap individu memiliki kualiti diri yang hebat. Pemerkasaan akhlak muslim juga menjadi intipati dalam melahirkan masyarakat ‘madani’. Akhlak yang baik menjadi cerminan diri individu dan ‘role model’ terhadap masyarakat umumnya. Pembentukan akhlak yang baik disemai dari kecil hinggalah lanjut usia. Ianya sinonim dengan [...]

IBRAH DAN PELAJARAN DARIPADA HIJRAH RASULULLAH SAW

Musim haji tahun ini telah pun tamat, begitu jugalah Bulan Zulhijah 1444 hijrah ini yang akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Berlalunya Zulhijah 1444H, menandakan ketibaan bulan Muharam 1445 Hijrah. Kata Imam al-Hasan al-Basri rhm: “Innama anta ayyam, idha dhahaba minka yawm, dhahaba ba’duka.” Maksudnya: “Sesungguhnya diri mu adalah himpunan hari-hari, apabila berlalunya satu hari daripada diri mu, maka berlalulah sebahagian daripada kehidupan mu.” Untuk tidak mensia-siakan berlalunya sebahagian daripada kehidupan kita, artikel ini mengajak para pembaca untuk menekuni dan menghayati salah satu ibrah atau pelajaran, daripada ratusan malah ribuan ibrah atau pelajaran, yang terdapat dalam Sirah Hijrah Baginda SAW dan para Sahabat RA. Ibrah yang ingin dikongsikan di sini adalah kepentingan untuk mengambil asbab (sebab-sebab) dan meyakini kekuasaan Allah SWT sebagai Musabbib al-Asbab (penyebab segala [...]

PERPECAHAN DAN PERBALAHAN PEMBUNUH KESEJAHTERAAN UMMAH

Sejak kebelakangan ini, terutamanya dalam musim menjelang pilihan raya negeri (PRN), sebilangan masyarakat kita kelihatan semakin galak membugarkan perpecahan, tercari-cari perbezaan dan kelemahan pihak lain, menyebarluaskan fitnah dan keburukan, serta bertepuk tangan melihat pihak yang dibenci jatuh terjelepuk ditimpa kesukaran dan kejatuhan. Medium penyebar perpecahan mutakhir ini pula umpama ‘minyak pelincir’ yang canggih terutamanya melalui dunia maya di internet. Namakan apa sahaja medium dan aplikasinya seperti e-mel, Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram atau Tik-Tok, semuanya adalah medium pilihan masyarakat pelbagai latar belakang demografi. Ia merentasi jantina, bangsa, agama, batasan negara, tahap pendidikan, kerjaya dan sebagainya. Inti pati persengketaan dan permusuhan sangat pantas dan mudah disebar dan dicapai oleh masyarakat ‘netizen’. Ia boleh disebarkan 24 jam sehari, sampai ke pengetahuan khalayak sepantas sekelip mata, kebolehan untuk mengubah suai kandungan [...]