Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

Bekerja dengan hati

BEKERJA DENGAN HATI Pengalaman menjalankan latihan industri di salah satu pesantren terkenal di Indonesia telah memberi kami peluang melihat dan merasai sendiri pengalaman serta budaya kerja sesuatu organisasi atau institusi di negara tersebut. Peluang ini amat berharga untuk kami menimba ilmu dan pengalaman baru serta mendalami budaya kerja positif masyarakat luar yang boleh dijadikan contoh apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Kami menjalani latihan industri di Pondok Pesantren Darunnajah 14 yang merupakan pondok pesantren cawangan yang ke 14 dibawah Yayasan Darunnajah Ulujami. Terletak di Banten, Indonesia, pesantren ini menempatkan sekurang-kurangnya 200 orang pelajar dari tahap Pendidikan awal kanak-kanak sehingga Pendidikan menengah atas. Seperti organisasi pesantren yang lain di Indonesia, pondok pesantren ini mempunyai penjanaan kewangan yang efektif hasil daripada kebijaksanaan dan kreativiti daripada pihak tenaga pengajar yang menggembleng tenaga dan [...]

Twitter makes for better journalism

Twitter makes for better journalism Dr Mohd Faizal Kasmani Out of all the social media platforms, Twitter is arguably the one that can make things to go viral the quickest. Moreover, Twitter can reach diverse groups of people because it is essentially an open micro-blogging platform. It has, therefore, become a go-to platform for journalists and news organisations because of its ability to reach out to netizens all over the world. For journalists, Twitter is an opportunity to increase their profile and widen the news reach to a bigger audience, not just to news junkies. But the open nature of Twitter means journalists are also more likely to be scrutinised for their news output, not just by netizens, but also by their news sources. The recent tit-for-tat between the [...]

Bridging Digital Divide

Bridging Digital Divide: The Challenge of Online Learning in Malaysia Dr Mohd Faizal Kasmani Covid-19 has affected every aspect of society, particularly the education sector. Some countries like China and Italy, which were badly hit by the pandemic, have imposed lockdowns, while others like Malaysia are exercising restrictions on their citizens’ social activities through Movement Restriction Orders. Either way, they have affected millions of students around the world where the education system at in an almost total halt. In Malaysia, the 2018 statistics showed that there were about 4.65 million students at primary and secondary schools nationwide and there were about half a million students enrolled in public higher education institutions. The figure should be higher by today. The Movement Restriction Order (MRO) in Malaysia has been imposed nationwide [...]

Cabaran dakwah di Jepun ketika COVID 19

Cabaran dakwah di Jepun ketika COVID 19   Dunia kini sedang hangat dengan isu wabak penyakit yang meragut hampir puluhan ribu nyawa di seluruh negara. Corona virus (COVID-19) merupakan satu virus yang bermula daripada negara China di daerah Wuhan. Wabak ini telah merebak di seluruh dunia termasuk di negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Iran, Itali dan sebagainya. Kebanyakkan negara telah mengeluarkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sebagai satu inisiatif bagi mengurangkan jumlah kematian dan jumlah masyarakat yang akan dijangkiti daripada virus ini. COVID-19 yang tersebar sejak akhir tahun lalu turut memberi impak yang besar dari sudut ekonomi negara. Jepun adalah antara negara yang tidak lari daripada  penularan pandemic COVID 19. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun merupakan salah sebuah negara maju yang dikenali dengan kuasa ekonomi dan kewangan [...]

Lazatkah fitnah?

LAZATKAH FITNAH? Dr Khairunneezam Mohd Noor Suatu masa dahulu dalam menyebarkan atau mendapatkan sesuatu informasi atau berita, mungkin kemampuannya terhad. Terhad dalam konteks geografi, apabila informasi atau berita itu sekadar berpusing-pusing di khalayak ahli dalam sesuatu komuniti. Terhad dalam konteks kepantasan, iaitu hanya dapat diperoleh informasi tersebut apabila ia ditulis dalam akhbar atau dipanjang-panjangkan daripada mulut ke mulut individu sahaja. Namun hari ini, segala-galanya berubah. Informasi yang disebar atau diperoleh tidak memerlukan masa yang panjang. Informasi juga tidak lagi bersifat picisan atau kecil-kecilan. Dengan kepesatan teknologi komunikasi dan dunia siber, sesuatu berita itu akan bergerak dan dapat diperoleh khalayak dalam sekelip mata sahaja. Tiada batasan geografi, tiada batasan masa, dan tiada had kapasiti informasi seperti dahulu. Akan hal ini, timbul satu isu yang biasanya dinafikan atau ditelan sahaja oleh [...]

Penjagaan Kendiri Spiritual Islam

PENJAGAAN KENDIRI SPIRITUAL ISLAM UNTUK PETUGAS HADAPAN/RESPONDER PERTAMA MUSLIM   1. Konsep Spiritual Self-care Muslim Self-care atau Penjagaan Kendiri adalah satu keupayaan individu untuk menjaga diri sendiri melalui aktiviti pembinaan kesejahteraan fizikal, spiritual dan emosional (Star, 2013; Skovholt & Trotter-Mathison, 2016). Ia dilaksanakan untuk mengelak dari mengalami impak psikologi akibat dari pendedahan berterusan kepada kesan sesuatu insiden bencana. Keupayaan self-care akan berlaku jika wujud kemampuan individu untuk beradaptasi positif (positive adaptation), mewujudkan keupayaan bingkas kembali (resilient), dan membangunkan strategi kemahiran daya tindak (coping skills) yang mampu mengimbangi dan seterusnya mengatasi tekanan yang dialami (James & Gilliland, 2013). Didalam Islam, self-care ini wujud dengan konsep penyerahan diri dan memohon pertolongan kepada Allah selaras dengan firman Allah dalam Al-Baqarah (2:45) dan Al-Baqarah (2:153) “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar [...]