Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2025, CAKNA KESIHATAN MENTAL PEKERJA

Hari Pekerja 2025 telah disambut baru-baru ini dengan tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang membawa makna mendalam tentang nilai murni, semangat dedikasi dan jati diri tinggi pekerja. Hari Pekerja merupakan tanda penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang dan aset penting kepada kemajuan negara. Ia bukanlah sekadar cuti umum, tetapi merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan besar pekerja dalam memastikan roda ekonomi terus berputar. Namun, di sebalik penghormatan ini, terdapat satu perkara yang sering kali terlepas pandang iaitu isu kesihatan mental dalam kalangan modal insan penting dalam organisasi ini. Menyorot statistik isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja, data daripada Employment Hero, satu platform online yang menguruskan isu sumber manusia, menyatakan bahawa pada tahun 2024 sebanyak 67 peratus pekerja di Malaysia mengalami keletihan melampau atau “burnout”. Statistik ini menunjukkan peningkatan daripada 58 peratus [...]

HUMAN FRATERNITY FOR WORLD PEACE AND INTERFAITH DIALOGUE

On 4th February, the World is celebrating the International Day of Human Fraternity all over the countries as an important sign to the World that peace and cooperation are still relevant. Despite many unnecessary wars in the name of religion, political differences and many more, people are calling for its total ending and urging the leaders to look forward to many fruitful cooperations and human fraternity. Religious leaders also play an important role in humanity, not only preaching the values of goodness, kindness, and love to each other but also moving people towards these values. This is in line with the move by two renowned scholars Pope Francis and The Grand Imam of al-Azhar, Ahmad al-Tayyib, on 4th February 2019 in Abu Dhabi, signing a monumental document entitled [...]

SAMBUTAN HARI PERSAUDARAAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA DAN SESI PERTAMA SCRIPTURAL REASONING TAHUN 2025

Pada 4 Februari tahun 2019 di Abu Dhabi, sebuah dokumen penting telah diterbitkan oleh The Higher Committee of Human Fraternity yang bertajuk Dokumen Tentang Persaudaraan Manusia Bagi Keamanan Dunia Dan Hidup Bersama (A Document on Human Fraternity for World Peace and Living Together). Dokumen bersejarah ini telah disahkan dan ditandatangani oleh dua orang tokoh besar dalam dunia Islam dan Kristian Katolik iaitu: Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Profesor Dr. Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb (lahir 6 Januari 1946) dan Pope Francis (lahir 17 Disember 1936). Dokumen ini menggariskan pelbagai hikmah utama dalam mencapai keharmonian antara penganut agama dan pengukuhan solidariti kemanusiaan. Dokumen ini juga amat sesuai untuk dijadikan panduan buat semua warga dunia dalam membuat muhasabah dan roadmap bagi merealisasikan kesedaran dan tindakan untuk hidup bersama-sama dengan harmoni di [...]

CLOSING THE SKILLS GAP: PREPARING MALAYSIA’S WORKFORCE FOR THE FUTURE

Malaysia's rapid economic growth has brought prosperity, but it has also created a growing skills gap. Our educational system, while commendable in many aspects, isn't always producing graduates with the skills and knowledge that employers desperately need. This mismatch creates a bottleneck, hindering further economic progress and leaving many young Malaysians struggling to find meaningful employment. It's a complex issue, but one that demands urgent and collaborative solutions. The problem isn't unique to Malaysia. Globally, the World Economic Forum's Future of Jobs Report consistently highlights the widening skills gap as a major challenge. Automation, artificial intelligence, and rapid technological advancements are transforming industries, requiring workers to adapt and acquire new competencies. In Malaysia, this is reflected in sectors ranging from manufacturing and technology to services and even agriculture. While our [...]

MEMPERKASA ORGANISASI MELALUI AUDIT KOMUNIKASI YANG EFEKTIF

Audit komunikasi merupakan salah satu alat strategik yang semakin penting dalam memastikan keberkesanan operasi sesebuah organisasi. Konsep ini merujuk kepada penilaian menyeluruh terhadap proses komunikasi dalaman dan luaran organisasi, termasuk hubungan antara pekerja, komunikasi dengan pihak berkepentingan seperti pelanggan, rakan kongsi, dan pihak luar. Matlamat utama audit komunikasi adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam sistem komunikasi organisasi, seterusnya merancang langkah-langkah penambahbaikan agar komunikasi lebih efektif dan sejajar dengan objektif organisasi. Maklumlah, orang tua-tua juga ada menyebut, 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Ia memberi maksud bahawa konflik dalam sesebuah perhubungan adalah asam garam dalam kehidupan, termasuklah dalam konteks hubungan atau komunikasi dalam organisasi. Proses audit komunikasi biasanya melibatkan beberapa langkah utama. Pertama, organisasi akan menentukan skop dan matlamat audit berdasarkan cabaran komunikasi yang dihadapi. Data kemudiannya dikumpulkan melalui [...]

CABARAN MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP DALAM KALANGAN PEKERJA DI MALAYSIA

Kos sara hidup yang tinggi terus menjadi isu utama yang memberi kesan kepada kesejahteraan pekerja di Malaysia, terutama dalam kalangan kumpulan B40 dan M40. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indeks Harga Pengguna (CPI) mencatatkan peningkatan sebanyak 4.0% pada tahun 2024, dengan kenaikan tertinggi dalam sektor makanan dan perumahan. Situasi ini memberi tekanan kepada pekerja untuk mengimbangi keperluan asas dengan perbelanjaan lain seperti pendidikan dan kesihatan. Dalam konteks pengurusan sumber manusia, cabaran ini memerlukan pendekatan menyeluruh untuk menjaga kebajikan pekerja tanpa menjejaskan keupayaan organisasi. Impak Kenaikan Kos Sara Hidup kepada Pekerja Menurut laporan Bank Dunia (2023), lebih 30% isi rumah dalam kumpulan B40 terpaksa memotong perbelanjaan untuk perkara penting seperti pendidikan demi memenuhi kos makanan dan tempat tinggal. Tambahan pula, dengan gaji median pekerja hanya meningkat 2.5% setahun, [...]