Bekerja Dari Rumah: Norma Baharu yang Mengubah Wajah Dunia Pekerjaan
Jika suatu ketika dahulu bekerja dari rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) dianggap sebagai satu keistimewaan yang hanya dinikmati oleh segelintir pekerja, hari ini ia telah menjadi sebahagian daripada norma baharu dunia pekerjaan. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah mempercepatkan transformasi ini sehingga banyak organisasi sektor awam dan swasta mula menilai semula kaedah bekerja yang selama ini dianggap paling berkesan. Secara ringkasnya, BDR merujuk kepada pelaksanaan tugas rasmi di luar pejabat, lazimnya di rumah, dengan bantuan teknologi digital seperti komputer riba, internet, aplikasi persidangan video dan sistem pengurusan kerja dalam talian. Walaupun lokasi bekerja berubah, tanggungjawab dan hasil kerja yang perlu dicapai tetap sama. Namun, pelaksanaan BDR berbeza mengikut keperluan organisasi. Ada syarikat yang membenarkan pekerja bekerja sepenuhnya dari rumah, khususnya dalam sektor teknologi [...]
RPTM 2026-2035: Transformasi Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia dan USIM
RPTM 2026-2035: Transformasi Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia dan USIM Kerajaan Malaysia telah melancarkan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 sebagai dokumen dasar utama bagi pendidikan tinggi negara untuk dekad akan datang, dengan matlamat memastikan sistem pendidikan tinggi negara lebih relevan, bersifat inklusif, berdaya tahan dan berpadu dengan keperluan global zaman pasca-normal. Pelan ini dibentuk sebagai sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, yang merupakan kerangka holistik menampung keseluruhan ekosistem pendidikan dari sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti dan institusi lain. Pelan ini turut dibangunkan melalui proses libat urus meluas melibatkan ribuan pihak berkepentingan termasuk sarjana, akademik, wakil industri dan komuniti masyarakat. RPTM menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), dengan penekanan baharu terhadap pembangunan bakat masa hadapan yang adaptif, manusia-berpusat dan berdaya saing antarabangsa. Dokumen dasar [...]
SUARA MASJID, WAJAH ISLAM: PERANAN JAWATANKUASA MASJID DALAM MENYANTUNI PELANCONG
Masjid bukan sekadar tempat umat Islam menunaikan ibadah, tetapi juga mercu tanda yang mencerminkan seni bina, sejarah, dan nilai Islam kepada dunia. Di banyak negara, termasuk Malaysia, masjid menjadi tarikan pelancong kerana keindahan seni binanya, keunikan sejarah, dan fungsinya sebagai pusat komuniti. Dalam konteks ini, konsep ‘masjid pelancongan’ mengangkat peranan jawatankuasa masjid sebagai duta hospitaliti yang menyambut pelawat Muslim dan bukan Muslim dengan penuh sopan, hormat, dan mesra. Seiring pertumbuhan pelancongan Islam di peringkat global, masjid berpotensi besar menjadi medium dakwah dan diplomasi budaya. Ia bukan sekadar mempamerkan seni bina, tetapi juga akhlak dan nilai Islam yang sebenar. Jawatankuasa masjid memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman positif kepada pelawat. Layanan yang berlandaskan akhlak Islam, toleransi, dan kefahaman lintas budaya mampu mengubah pandangan serta membina persefahaman antara masyarakat. Islam [...]
ALMARHUM PM DR MOHD RUMAIZUDIN GHAZALI – MURABBI DAKWAH FKP
6 Mei 2025 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM telah kehilangan seorang tokoh akademik serta pemikir yang dihormati, Prof Madya Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali. Kehilangan beliau amat memberi kesan yang mendalam khususnya di kalangan warga dan mahasiswa/wi FKP yang pernah menuntut ilmu dengan beliau ataupun mereka yang pernah dilatih di dalam pelbagai program dan aktiviti luar kampus sepanjang hampir 15 tahun perkhidmatan beliau di USIM. Dilahirkan pada 13 November 1971 di Alor Setar, Kedah, Allahyarham mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Iskandar Alor Setar, Kedah. Pada peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud dari tahun 1984 hingga tahun 1989. Selepas menghabiskan peringkat menengah di Maktab Mahmud, beliau meneruskan pelajaran ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau sekarang dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM di Petaling [...]
“PATH” BANTU PELAJAR HADAPI KEGAGALAN
Kegagalan sering dikaitkan dengan keupayaan dan sikap seseorang dalam mencapai sesuatu. Tidak berjaya, tidak berhasil dan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan selalu ditakrifkan sebagai gagal. Meskipun kegagalan bukanlah perkara yang diharapkan oleh manusia, namun episod ini tidak boleh dielakkan dalam kehidupan. Melalui kegagalan, manusia akan belajar sesuatu perkara penting dalam kehidupan ini dan merasai kemanisan kejayaan. Kegagalan adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap manusia. Tidak semua manusia melihat kegagalan dari sudut yang sama. Apabila melalui situasi kegagalan dalam hidup, manusia akan dibejati dengan tekanan emosi yang akhirnya boleh membawa kepada masalah yang lebih berat melibatkan isu kesihatan mental. PATH-R adalah singkatan akronim yang mewakili makna tertentu, bertujuan untuk membantu individu atau pelajar yang sedang berhadapan dengan masalah dalam kehidupan terutama mereka yang sedang melalui fasa gagal, buntu dan [...]
SAMBUTAN HARI PEKERJA 2025, CAKNA KESIHATAN MENTAL PEKERJA
Hari Pekerja 2025 telah disambut baru-baru ini dengan tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang membawa makna mendalam tentang nilai murni, semangat dedikasi dan jati diri tinggi pekerja. Hari Pekerja merupakan tanda penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang dan aset penting kepada kemajuan negara. Ia bukanlah sekadar cuti umum, tetapi merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan besar pekerja dalam memastikan roda ekonomi terus berputar. Namun, di sebalik penghormatan ini, terdapat satu perkara yang sering kali terlepas pandang iaitu isu kesihatan mental dalam kalangan modal insan penting dalam organisasi ini. Menyorot statistik isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja, data daripada Employment Hero, satu platform online yang menguruskan isu sumber manusia, menyatakan bahawa pada tahun 2024 sebanyak 67 peratus pekerja di Malaysia mengalami keletihan melampau atau “burnout”. Statistik ini menunjukkan peningkatan daripada 58 peratus [...]