DAKWAH TATBIQI

Program Dakwah Tatbiqi merupakan kursus berkredit di bawah Program Dakwah dan Pengurusan Islam. Program ini terus diperkasakan pada tahun 2019 dengan memfokuskan kepada komuniti setempat termasuk menyantuni masyarakat orang asli. Sebanyak 4 program berimpak telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019 melibatkan lebih 100 orang pelajar iaitu:

  • “Empowering Youth: Dakwah Without Border” pada 25 hingga 27 Oktober 2019 di Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin, Kuala Langat.
  • Jalinan Kasih Bersama Orang Asli Bukit Bangkong pada 15 hingga 17 November 2019 di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang, Selangor
  • Jalinan Mahabbah Bersama Penduduk Kg. Endah, Banting pada 25 hingga 27 Oktober 2019.
  • Program Pemantapan Sahsiah Akhlak Terpuji, Membentuk Generasi Insani pada 11 hingga 13 Oktober 2019 di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson.

SA’ADAH COUNSELING AND CONSULTATION CENTRE FOR WELLBEING (SCW)

SAADAH Centre for Wellbeing

 “Sa’adah Counseling and Consultation  Centre for Wellbeing”,  Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah sebuah pusat yang menawarkan perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan konsultasi berkaitan isu-isu dan aspek kesejahteraan kehidupan meliputi

  1. Bimbingan kerohanian
  2. Perkembangan individu
  3. Perkembangan kerjaya
  4. Perkembangan kanak-kanak dan remaja
  5. Perkembangan keluarga dan perkahwinan
  6. Perkembangan warga emas
  7. Pengurusan tekanan dan trauma
  8. Keibubapaan
  9. Kesejahteraan mental
  10. Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

Matlamat utama ScW adalah untuk memperkasa komuniti setempat bersandarkan pendekatan kaunseling dan kerohanian dalam membina kehidupan sejahtera, bersesuaian dengan istilah Saadah itu sendiri iaitu kegembiraan dan keamanan yang berterusan.

Pakar-pakar rujuk di ScW yakin melalui gabungan pendekatan Naqli dan Aqli, setiap individu itu mempunyai potensi yang cukup besar, samaada dari segi intelektual, emosi dan rohani, untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

_________________________________________

Pakar Rujuk bertauliah

“Saadah Centre for Wellbeing” mempunyai pakar rujuk yang bertauliah dalam bidang Kaunseling, Aqidah dan Dakwah.

Temujanji bersama pakar rujuk ScW boleh dibuat melalui emel saadahcentre@usim.edu.my atau melalui googleform.