PERANAN BELIA DI DALAM TADBIR URUS NEGARA
PERANAN BELIA DI DALAM TADBIR URUS NEGARA Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar “Beri aku 10 pemuda, pasti aku akan menggoncang dunia” Soekarno, Presiden pertama Indonesia. “The youth of today are leaders of tomorrow” Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan. Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia di dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan. Tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Oleh sebab itu, frasa ini sering dilaungkan oleh politikus yang belum berkuasa untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, pernyataan ini juga dianggap ancaman kepada pemerintah semasa kerana mereka tidak bersedia diganti oleh orang lain. Dalam titah ucapan Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah [...]
How social comparisons on social networking sites could destroy us
"My friends are better than me!": how social comparisons on Social Networking Sites could destroy us. Dr Mohd Faizal Kasmani I have a confession to make. I was once an avid user of Facebook. I would curate my post - making sure I was at the happiest and brightest state of my life and posts them; almost every day. I went through my timeline at least twice a day, commenting on my Friends' posts and very much attached to the most popular Social Networking Site (SNS). Five years ago, I quit Facebook. There was no apparent reason for it, but I remembered the feeling of being consumed and dragged down by it. I felt my life revolves around my Facebook timeline, and I was being dictated by it. [...]
Da‘wah Adalah Manifestasi Tanggungjawab, Ilmu, dan Akhlak
Da‘wah Adalah Manifestasi Tanggungjawab, Ilmu, dan Akhlak Dr Nik Suhaida Nik Abdul Majid Secara terjemahan literal, da‘wah ini dapat difahami dengan banyak perkataan lain antaranya seperti menyeru, mengajak, memanggil, menjemput, meminta pertolongan, beribadat dan lain-lain lagi. Perkataan da‘wah ini juga telah dipinjam dari bahasa Arab dan dijadikan sebagai bahasa Melayu dengan ejaan ‘dakwah’. Kamus Dewan (2010) telah mendefinisikan perkataan dakwah sebagai ‘kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan’ dan secara bahasa percakapan (bp) perkataan ini dirujuk dengan maksud penyebaran ajaran agama Islam. Manakala jika merujuk dari Al-Quran, perkataan da‘wah mempunyai tafsiran khusus yang bermaksud membawa manusia kepada Allah (rujuk surah al-Māidah: 67, al-Naḥl: 125, al-Qaṣaṣ: 87 dan ‘Āli-Imrān: 104 & 110). Justeru, para ulama memperbahaskan ayat-ayat tersebut dengan mengambil penjelasan hadis sehingga da‘wah itu dihukumkan dalam [...]
Pendedahan Teknologi Media Baharu: Perana Ibu Bapa
PENDEDAHAN TEKNOLOGI MEDIA BAHARU TERHADAP KANAK-KANAK: PERANAN IBU BAPA Dr Nor Hamizah bt Ab Razak Jika sebelum ini didikan, asuhan serta nilai moral dalam kalangan kanak-kanak kebanyakannya adalah diterapkan oleh ibu bapa, guru-guru di sekolah serta masyarakat setempat. Namun, kehidupan hari ini adalah berbeza. Masyarakat yang turut merangkumi orang dewasa, remaja termasuklah kanak-kanak kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden, internet dan perkembangan media sosial dan seterusnya membentuk satu revolusi yang mengubah kehidupan. Pada zaman serba moden ini juga, segala bentuk maklumat, pendidikan, hiburan boleh didapati di hujung jari sahaja. Perkara ini menjadikan teknologi menjadi sangat penting dan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi juga sangat tinggi. Kanak-kanak juga tidak terkecuali di mana banyak masa diluangkan dengan hanya melayari media sosial, bermain game dan sebagainya. Berbeza dengan 20 tahun dahulu, kebanyakan kanak-kanak [...]
PKP 2.0: MAGNET OPTIMIS MEMACU KESEJAHTERAAN DIRI
Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang drastik sejak akhir tahun lepas telah memaksa kerajaan meneruskan kesinambungan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) kepada rakyat Malaysia bermula awal tahun ini. Namun begitu, Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini bukanlah sesuatu yang ‘asing’ kerana setiap individu telah melaluinya dalam siri PKP yang lepas. Hakikatnya, perintah ini dilaksanakan kembali demi menjaga penularan virus yang berada pada aras yang membimbangkan sejak gelombang ketiga membadai pada September 2020. […]
MALAYSIA PRIHATIN: RAKYAT PERLU BERSATU DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA
Sambutan Hari Malaysia setiap tahun pada 16 September perlu menjadi titik-tolak kepada penghayatan sejarah ibunda dan dorongan patriotisme dalam diri setiap warga Malaysia. Ini kerana, sejarah perjuangan dan penyatuan perlu dihayati oleh anak bangsa yang merdeka. Bahkan, sambutan Hari Malaysia juga wajar di jadikan sebagai wadah memperingati jasa, pengorbanan dan sumbangan para pemimpin terdahulu yang telah berjuang meningkatkan martabat serta maruah bangsa dan negara daripada belenggu kolonialisme jajahan asing. […]