Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

Tarbiyyah Solat dan Puasa Biar Seiring

Tarbiyyah Solat dan Puasa Biar Seiring Dr Sofia Hayati Yusoff   Ramadan tiba lagi, membawa bersama keberkatan, kemuliaan dan kerahmatan buat semua yang menyambutnya. Antara ibadah yang difardukan sepanjang bulan barakah ini ialah berpuasa di siang hari. Kita semua sudah sedia maklum konsep berpuasa yang antara lain bertujuan mendidik jiwa. Apabila kita berbicara soal ibadah puasa, anak-anak kecil juga tidak terkecuali kerana inilah peluang untuk kita memberikan tarbiyyah buat mereka. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita melihat anak-anak seawal usia 5 - 9 tahun berpuasa di bulan Ramadan. Ada yang berjaya berpuasa sepanjang hari, tetapi ramai yang kecundang di tengah jalan. Ada ibubapa yang menjanjikan ganjaran material seperti duit raya, baju raya dan sebagainya semata-mata untuk melihat latihan ini berjaya. Terdapat ibu yang sanggup bangun seawal jam 3 pagi [...]

Media industry: A sunset industry?

Media industry: A sunset industry? Dr Hizral Tazzif Hisham   The invention of the smartphone played an important role in contributing to newspaper circulation. The smartphone converged segregated media into one, where people can interact, watching TV, making a phone call or listening to the radio. Traditional media, in contrast, has one and the only channel to distribute contents to its audience. Through printing medium, for example, texts and pictures are printed on newspapers for circulation. As with other industry approaching their declining period, the newspaper industry is expected to continue with a decline in distribution. The media industry, particularly the newspaper and broadcasting industry,  has been described by many as a sunset industry. Not only in Malaysia, but it is a worldwide phenomenon. In Malaysia, the scenario can [...]

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan  Dr Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali  Alhamdulillah, bulan Ramadan menjelang tiba. Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al-shahr al-mubārak),  bulan ibadat dan penghulu segala bulan (sayyid al-shuhūr). Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW akan bergembira apabila menjelangnya bulan Ramadan dan mengajak kesemua para sahabat dan umat Islam untuk beribadat.   Sabda Baginda SAW yang maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya: Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat, bulan yang mana Allah mewajibkan berpuasa. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu Jahanam ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan ini terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa terhalang daripada mendapat kebaikan pada bulan ini, maka sesungguhnya dia telah [...]

Graduan sulung Komunikasi Media Baharu

Graduan sulung Komunikasi Media Baharu: Mendepani budaya media digital ke arah masyarakat yang tinggi nilai pekertinya Dr Mohd Faizal Kasmani   Tidak dapat kita nafikan bahawa media baharu telah mentransformasikan kehidupan kita. Jika di era media konvensional seperti radio dan televisyen, seluruh keluarga akan duduk dan berkumpul untuk menonton rancangan TV yang digemari, pada hari ini perkara tersebut jarang sekali berlaku. Setiap dari kita mempunyai masa dan gajet tersendiri untuk menikmati rancangan atau program kegemaran masing-masing. Jika berdekad yang lalu hal politik selalunya dibincangkan di kedai kopi atau di belakang tabir rumah masing-masing, hari ini setiap dari kita mempunyai pandangan tersendiri berkaitan isu politik semasa. Setiap dari kita mempunyai “suara” masing-masing di media sosial. Ini adalah manifestasi kepada apa yang dinyatakan oleh Marshall McLuhan sebagai “medium adalah mesej”. Menurut [...]

PERANAN BELIA DI DALAM TADBIR URUS NEGARA

PERANAN BELIA DI DALAM TADBIR URUS NEGARA Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar   “Beri aku 10 pemuda, pasti aku akan menggoncang dunia” Soekarno, Presiden pertama Indonesia. “The youth of today are leaders of tomorrow” Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan. Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia di dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan. Tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Oleh sebab itu, frasa ini sering dilaungkan oleh politikus yang belum berkuasa untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, pernyataan ini juga dianggap ancaman kepada pemerintah semasa kerana mereka tidak bersedia diganti oleh orang lain. Dalam titah ucapan Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah [...]

How social comparisons on social networking sites could destroy us

"My friends are better than me!": how social comparisons on Social Networking Sites could destroy us. Dr Mohd Faizal Kasmani   I have a confession to make. I was once an avid user of Facebook. I would curate my post - making sure I was at the happiest and brightest state of my life and posts them; almost every day. I went through my timeline at least twice a day, commenting on my Friends' posts and very much attached to the most popular Social Networking Site (SNS). Five years ago, I quit Facebook. There was no apparent reason for it, but I remembered the feeling of being consumed and dragged down by it. I felt my life revolves around my Facebook timeline, and I was being dictated by it. [...]