CAKNA KEBAJIKAN KANAK-KANAK KETIKA BENCANA
Belum pun reda serangan virus pembunuh COVID-19 yang melanda, negara sekali lagi dikejutkan dengan kejadian bencana banjir yang disifatkan sebagai antara yang terburuk pada abad ini. Bencana ini telah meragut banyak nyawa dan turut memusnahkan rumah, kenderaan, perkakasan rumah, haiwan ternakan dan banyak lagi. Ia juga turut mengundang kepada pelbagai pelbagai penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A. Tambahan dari itu, tanpa kita sedar bencana banjir yang melanda ini telah memberikan kesan buruk terhadap kesihatan emosi dan psikologi mangsanya tidak kira sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Terkini, sehingga 27 Disember 2021, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, seramai 48 orang telah menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara, manakala lima lagi masih hilang. […]
GRADUAN MENGANGGUR: SALAH SIAPA?
Terdahulu, Malaysia telah merangka Wawasan 2020 sebagai pelan lonjakan kemajuan negara, namun pandemik COVID-19 yang berlaku telah memberi implikasi yang besar kepada sektor ekonomi dan pembangunan. Sektor pekerjaan antara sector yang terjejas dengan kenaikan kadar pengangguran di mana Jabatan Perangkaan Malaysia telah merekodkan terdapat peningkatan kadar pengangguran kepada 4.9 peratus pada Januari 2021 berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020. Banyak pekerja mengalami pengangguran disebabkan sektor pekerjaan yang terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19 termasuklah sektor pelancongan, penerbangan, perniagaan, industri kreatif, perumahan, pembuatan, perniagaan, sumber manusia, perubatan swasta, perkhidmatan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organization), pertanian dan perladangan. […]
KONVOKESYEN TIUPKAN SEMANGAT PERJUANGAN
Kampus barakah USIM sekali lagi menerima injakan dari pejuang dan pengemudi ilmu yang telah meraih kejayaaan dan menikmati detik gembira yang dinanti-nanti iaitu hari konvokesyen. Kejayaan dan momen bahagia ini diraikan bersama pendidik, ahli keluarga dan semua warga universiti. Buat kali kedua konvokesyen ke-19 USIM membuka kunjungan luar setelah sekian lama dasar tertutup dilaksanakan bagi menghindari virus pandemik tersebar luas. […]
Wajah keganasan Israel
WAJAH KEGANASAN ISRAEL Dr Abdul Rashid Abdul Aziz Kekejaman! Penganiayaan! Serangan Ganas! Penderitaan! Inilah antara kata-kata yang menggambarkan situasi dialami oleh rakyat Palestin. Dunia telah dikejutkan dengan siri serangan ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin baru-baru ini ketika umat Islam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri. Ratusan rakyat Palestin syahid dalam kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini. Tambah menyedihkan adalah antara mereka yang syahid terdiri daripada golongan kanak-kanak dan wanita yang lemah dan tidak berdaya melawan perbuatan kejam rejim Zionis. Darah dan air mata menjadi saksi penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dialami oleh mereka. Setelah apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ini, adalah sangat adil dan bertepatan sekiranya masyarakat dunia melabel mereka sebagai pengganas atau terrorist. Apakah itu pengganas? Adakah kita benar-benar faham makna disebaliknya? Jangan biarkan [...]
MEMBUKA AIB DI MEDIA SOSIAL: MASIHKAH PUNYA RASA MALU?
MEMBUKA AIB DI MEDIA SOSIAL: MASIHKAH PUNYA RASA MALU? Dr Rezki Perdani Sawai Media sosial adalah antara platform komunikasi yang popular dan bukanlah satu perkara yang asing pada masa kini. Hampir setiap hari manusia menghabiskan masa melayari media sosial untuk membuat perkongsian peribadi, perniagaan mahupun urusan kerja. Umumnya, pendedahan diri dalam media sosial adalah apa jua mesej, atau maklumat mengenai diri seseorang yang dikongsikan secara dalam talian atau laman web […]
Teruskan usaha membongkar kekejaman Israel
Penindasan rakyat Palestin: Teruskan usaha membongkar kekejaman Israel Mohd Faizal Kasmani Isu penindasan dan rampasan tanah Palestin merupakan satu isu yang sangat rumit dan dianggap luar biasa terutama bagi masyarakat Islam hari ini. Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu di Palestin, pelbagai persoalan dan kehairanan timbul daripada penindasan dan kekejaman secara terang-terangan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Kenapa ia berlaku? Kenapa dunia Islam yang lain di sekeliling membiarkannya? Bagaimana di era moden hari ini, perkara ini boleh terjadi dan dibiarkan. Rampasan terhadap rumah penduduk Palestin di Sheikh Jarrah dan serangan ke atas Gaza yang mengorbankan ramai kanak-kanak dan rakyat Palestin adalah episod kekejaman terbaru oleh Israel. Kekejaman seperti ini dan lebih teruk lagi telah berlaku sejak 70 tahun lalu, iaitu sejak rejim Zionis [...]