Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

The pursuit of life

السعي في الحياة  By Dr Wesam Almahallawi   تتطلب الحياة من الإنسان أن يجتهد في السعي حتى يحقق ما يطمح إليه، ولكن دعونا نتوقف عند هذه النقطة لنرى ما هي طموحات الناس في هذه الحياة وما هي آمالهم وهل هي مرتبطة في معظم الأحوال بمشاعر الخير أم أنها مرتبطة أكثر بمشاعر الشر، وفي كلتا الحالتين كيف يسعى الإنسان لإيجاد مبررات ذاتية لنفسه فيما يفعل ويقول حتى يصل إلى مرحلة من التصالح الذاتي ليستطيع الاستمرار في الحياة بالشكل الذي أراده لنفسه بعد أن خفف من الألم الذي من الممكن أن يتولد لديه من مراجعات الضمير المستمرة أو صحواته بين الفينة والأخرى، فالمراجعات الذاتية التي يقوم بها الانسان مع نفسه تعتبر من أكثر المؤثرات التي قد تؤدي إلي تحولات حقيقية و جذرية في السلوك وهي تحولات اختيارية يقوم بها الانسان بعد [...]

Pengurusan Kesejahteraan Psikosis, Mental dan Fizikal

PENGURUSAN KESEJAHTERAAN PSIKOSOSIAL, MENTAL DAN FIZIKAL  SEMASA COVID-19 Profesor Datin Dr Sapora Sipon Pandemik COVID-19 ternyata memberi impak psikososial, mental dan fizikal kepada masyarakat dunia. Pandemik ini yang bermula di Wuhan dan sehingga 16 Mei 2020 telah menjangkiti lebih dari 4 juta orang yang disahkan positif COVID-19 dan mengakibatkan lebih 300 ribu jumlah kematian dan menyelinap masuk ke dalam 216 negara bukan sahaja memberi kesan kepada impak psikososial, mental dan fizikal, namun merentasi kesan sosial, ekonomi dan politik yang mendalam. Banyak kajian yang menyokong kesan COVID-19 kepada psikososial, mental dan fizikal seperti perasaan pengasingan, kemurungan, perubahan psikologikal, takut, demoralisasi, gangguan emosi dan kebimbangan . Rajkumar (2020) dan Bao, et. al (2020) menjelaskan individu yang berhadapan dengan bencana mengalami gangguan emosi. Mereka berada dalam kebimbangan, sentiasa risau, menghadapi masalah kekurangan [...]

Pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu 

Pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu  oleh Dr Rosninawati Hussin Selamat hari guru kepada semua warga pendidik walau di mana sekalipun baktimu disumbang. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei merupakan hari sambutan untuk guru-guru bagi mengingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik. Sehubungan itu, tahun ini tema untuk sambutan Hari Guru tahun 2020 adalah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Mengupas akan tema ini, ingin sekali dikaitkan dengan suasana pendidikan era norma baharu pada tahun ini di kala wabak COVID-19 menyerang. Wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia ini secara langsung telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat. Justeru di Malaysia, untuk membendung penularan wabak ini kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020. Selama hampir dua bulan PKP berlangsung, rakyat [...]

Sabar dalam Musibah COVID-19

Sabar dalam Musibah COVID-19 Dr Marina Munira Abdul Mutalib Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini adalah suatu ujian besar bagi manusia sejagat. Ini kerana, virus COVID-19 ini adalah suatu pandemik yang menakutkan. Beratus ribu kematian dilaporkan akibat daripada serangan wabak ini di serata dunia, bahkan di negara-negara maju yang mempunyai peralatan kesihatan dan saringan yang serba canggih. Ini juga sebagai suatu petanda bahawa wabak ini tidak mengira bangsa, kulit rupa mahupun status ekonomi. Apa yang berlaku di Malaysia juga tidak kurang getirnya. Pelbagai usaha dilakukan terutamanya bagi golongan barisan hadapan yang tidak jemu untuk memastikan wabak ini disaring dan diputuskan rangkaian demi rangkaian. Seperti beberapa negara lain, Malaysia juga menyahut seruan untuk duduk di rumah atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu menyekat penularan wabak ini. Secara [...]

PENYESUAIAN KENDIRI DALAMAN DAN LUARAN SEMASA NORMA BAHARU

Pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa di Malaysia dan dunia merupakan satu tragedi buruk buat kita semua. Angkara wabak pembunuh ini, ramai antara kita yang bergelut dengan kebimbangan, kegelisahan, kemurungan dan berdepan dengan pelbagai ketidakpastian. Majoriti dari rakyat Malaysia sangat terkesan dengan kemunculannya. Di Malaysia sendiri,  wabak COVID-19 telah memberi dampak yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. […]

Cabaran kembali semula bekerja selepas kemalangan

Cabaran kembali semula bekerja selepas kemalangan Nur Maherah Binti Jamaluddin & Rezki Perdani Sawai Sebagai pelajar jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam, program latihan industri merupakan antara peluang yang ditunggu-tunggu. Seperti pelajar  lain sudah tentu saya berdebar-debar dan tidak begitu pasti apakah yang akan saya hadapi di alam pra pekerjaan ini. Alhamdulillah saya diterima untuk menjalankan Latihan industri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Melaka. Saya telah ditugaskan di bahagian yang mengendalikan kajian kes Kembali Semula Bekerja atau Return to Work (RTW). Program RTW ini disediakan khas untuk Orang Berinsurans (OB) dengan Perkeso yang mengalami kemalangan, kecederaan dan sakit semasa waktu bekerja atau semasa pulang dari tempat kerja ke rumah dan ingin kembali semula bekerja. Tugas ini memberikan saya pendedahan kepada bidang Rawatan Pemulihan kepada Orang Berinsurans (OB) dengan Perkeso [...]