Sabar dalam Musibah COVID-19
Sabar dalam Musibah COVID-19 Dr Marina Munira Abdul Mutalib Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini adalah suatu ujian besar bagi manusia sejagat. Ini kerana, virus COVID-19 ini adalah suatu pandemik yang menakutkan. Beratus ribu kematian dilaporkan akibat daripada serangan wabak ini di serata dunia, bahkan di negara-negara maju yang mempunyai peralatan kesihatan dan saringan yang serba canggih. Ini juga sebagai suatu petanda bahawa wabak ini tidak mengira bangsa, kulit rupa mahupun status ekonomi. Apa yang berlaku di Malaysia juga tidak kurang getirnya. Pelbagai usaha dilakukan terutamanya bagi golongan barisan hadapan yang tidak jemu untuk memastikan wabak ini disaring dan diputuskan rangkaian demi rangkaian. Seperti beberapa negara lain, Malaysia juga menyahut seruan untuk duduk di rumah atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu menyekat penularan wabak ini. Secara [...]
PENYESUAIAN KENDIRI DALAMAN DAN LUARAN SEMASA NORMA BAHARU
Pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa di Malaysia dan dunia merupakan satu tragedi buruk buat kita semua. Angkara wabak pembunuh ini, ramai antara kita yang bergelut dengan kebimbangan, kegelisahan, kemurungan dan berdepan dengan pelbagai ketidakpastian. Majoriti dari rakyat Malaysia sangat terkesan dengan kemunculannya. Di Malaysia sendiri, wabak COVID-19 telah memberi dampak yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. […]
Cabaran kembali semula bekerja selepas kemalangan
Cabaran kembali semula bekerja selepas kemalangan Nur Maherah Binti Jamaluddin & Rezki Perdani Sawai Sebagai pelajar jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam, program latihan industri merupakan antara peluang yang ditunggu-tunggu. Seperti pelajar lain sudah tentu saya berdebar-debar dan tidak begitu pasti apakah yang akan saya hadapi di alam pra pekerjaan ini. Alhamdulillah saya diterima untuk menjalankan Latihan industri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Melaka. Saya telah ditugaskan di bahagian yang mengendalikan kajian kes Kembali Semula Bekerja atau Return to Work (RTW). Program RTW ini disediakan khas untuk Orang Berinsurans (OB) dengan Perkeso yang mengalami kemalangan, kecederaan dan sakit semasa waktu bekerja atau semasa pulang dari tempat kerja ke rumah dan ingin kembali semula bekerja. Tugas ini memberikan saya pendedahan kepada bidang Rawatan Pemulihan kepada Orang Berinsurans (OB) dengan Perkeso [...]
Mencakna Psikologi Keselamatan dalam Waktu Pandemik
Mencakna Psikologi Keselamatan dalam Waktu Pandemik Dr. Mohd Azmir Mohd Nizah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 dilanjutkan sehingga 12 Mei. Menariknya, dalam keadaan keselamatan kesihatan terancam, statistik keingkaran terhadap PKP dilihat meningkat. Sehingga 27 April 2020, sejumlah 20,617 kes kumulatif telah direkodkan. Terdapat pelbagai faktor penyumbang, antaranya ialah waktu hujung minggu, hari gaji serta jumlah sekatan jalan raya yang dilakukan. Namun begitu, persoalan besar yang harus difahami ialah mengapa kes ingkar PKP ini terus berlaku? Apakah yang bermain di benak fikiran si pelaku? Pada tahap manakah psikologi keselamatan yang wujud dalam kalangan masyarakat kita? Psikologi keselamatan harus difahami dengan jelas. Psikologi keselamatan adalah berbeza dengan Keselamatan Psikologi. Di mana bezanya? Psikologi Keselamatan ialah kombinasi proses kognitif atau minda yang berfikir berkaitan dengan risiko yang menjadi perlakuan terhadap soal [...]
RAMADAN YANG BERBEZA, PELUANG UNTUK MERAIH LABA
RAMADAN YANG BERBEZA, PELUANG UNTUK MERAIH LABA Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Lazimnya, skrip Ramadan kita setiap tahun hampir sama. Malamnya menunaikan terawih secara berjemaah di masjid. Masjid yang jarang-jarang penuh pada bulan-bulan selain Ramadan, jadi sesak pula dengan kehadiran ramai jemaah. Juadah berbuka puasa pula ke bazar Ramadan. Ada pelbagai menu seperti ayam golek, kuih tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Pada hujung minggu atau jika bercuti, sekeluarga pulang ke kampung untuk mengambil peluang bersahur dan berbuka puasa dengan ibu bapa dan sanak saudara yang tercinta. Namun begitu, pengalaman Ramadan 1441 Hijrah kali ini adalah berbeza. Tiada lagi solat terawih berjemaah dan ibadat iktikaf di masjid. Hanya tuan Imam, bilal dan siak sahaja yang dibenarkan berjemaah mengimarahkan masjid. Tiada lagi bazar Ramadan seperti saban tahun. Jika hendak merasa popia basah, [...]
Tindakan Kolektif Mendepani Covid-19
Tindakan Kolektif dan Identiti Kolektif Mendepani Covid-19 Dr. Kartini Kamaruzzaman Situasi semasa wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan telah memberi impak yang cukup besar di Malaysia dan seluruh negara. Penjarakan fizikal dan peningkatan aktiviti atas talian menjadi norma baharu dalam kehidupan harian kita. Namun, sekiranya penduduk Malaysia beranggaran 32.6 juta, bagaimanakah kita dapat bersatu padu menghadapi cabaran ini? Hal ini tidak mungkin dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan agama tidak bertindak secara kolektif. Tindakan kolektif atau ‘collective action’ bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan bersama oleh ahli kumpulan bertujuan untuk meningkatkan status kehidupan mereka atau mencapai objektif bersama meskipun berlainan latar belakang. Walau bagaimanapun, tindakan kolektif tidak dapat direalisasikan tanpa hadirnya kesedaran individu atau entiti seperti organisasi untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut. Proses ini dikenali [...]