Sa’adah Counseling and Consultation Centre for Wellbeing

(Sa’adah Centre)

Pusat Kaunseling dan Konsultasi Sa’adah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia

___________________________ 

 Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Maidah, 5:2]

SA’ADAH COUNSELING AND CONSULTATION CENTRE FOR WELLBEING

 “Sa’adah Counseling and Consultation Centre for Wellbeing” (Sa’adah Centre) atau Pusat Kaunseling dan Konsultasi Sa’adah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah sebuah pusat yang menawarkan perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan konsultasi berkaitan isu-isu dan aspek kesejahteraan kehidupan meliputi  

  1. Bimbingan kerohanian
  2. Perkembangan individu
  3. Perkembangan kerjaya
  4. Perkembangan kanak-kanak dan remaja
  5. Perkembangan keluarga dan perkahwinan
  6. Perkembangan warga emas
  7. Pengurusan tekanan dan trauma
  8. Keibubapaan
  9. Kesejahteraan mental
  10. Pencegahan/ penyalahgunaan dadah dan bahan
  11. Ujian personaliti

 Matlamat utama Sa’adah Centre adalah untuk memperkasa masyarakat setempat bersandarkan pendekatan kaunseling dan kerohanian dalam membina kehidupan sejahtera, bersesuaian dengan istilah Saadah itu sendiri iaitu kegembiraan dan keamanan yang berterusan.

 Pakar-pakar rujuk di Sa’adah Centre yakin melalui gabungan pendekatan Naqli dan Aqli, setiap individu itu mempunyai potensi yang cukup besar, samaada dari segi intelektual, emosi dan rohani, untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

 ____________________________________

Waktu operasi

Setiap Jumaat (kecuali cuti umum)

9 pagi – 12 tengahari 

_______________________________________

Pakar Rujuk bertauliah

 “Saadah Centre for Wellbeing” mempunyai pakar rujuk yang bertauliah dalam bidang kaunseling, Aqidah dan Dakwah.

 Klik disini untuk mendapatkan senarai kaunselor profesional di Sa’adah Centre, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Sa’adah Centre, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan turut menawarkan bimbingan dan konsultasi kerohanian melalui pakar-pakar rujuk dalam bidang Akidah dan Da’wah.

Temujanji bersama pakar rujuk Sa’adah Centre boleh dibuat melalui https://bit.ly/38y7ghi
Untuk maklumat lanjut hubungi 06-7988717