Latar Belakang




Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan


Fakulti ini ditubuhkan serentak dengan penubuhan  USIM  yang memulakan tahun pengajiannya pada sesi akademik 2000/2001.
Pada awalnya, ia dikenali dengan nama Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam. Memandangkan kepada perkembangan program pengajian yang kini meliputi pelbagai bidang pengajian seperti Kaunseling dan Komunikasi, maka nama Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam telah ditukar kepada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Penubuhan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) adalah berdasarkan keyakinan dan rasa tanggungjawab bahawa pengajian yang berteraskan ilmu Islam perlu dikembangkan dan diintegrasikan dengan aliran pemikiran dan budaya keilmuan semasa untuk dimanfaat oleh manusia sejagat. Justeru itu, semua program pengajian ketika ini – Da‟wah dan Pengurusan Islam, Komunikasi, Kaunseling, Pengajian Akidah dan Agama dan SPADA dibangunkan melalui integrasi antara teras naqli dan aqli yang bertepatan dengan syariat.Program-program pengajian direkabentuk untuk memenuhi keperluan industri dan pihak
berkepentingan di seluruh negara. Justeru aktiviti keilmuan di FKP tidak terbatas kepada memahami teori semata-mata, tetapi mengaplikasikannya di organisasi atau dalam masyarakat. Bagi mencapai misi ini, FKP dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk makmal kaunseling, studio radio, studio TV, bilik suntingan, kamera rakaman dan mimbar ucapan awam.

FKP menawarkan 4 Program di peringkat Sarjana Muda, 5 Program di peringkat Sarjana, 1 Program Pasca Siswazah dan 4 Program di peringkat Doktor Falsafah.

Program-program tersebut ialah :

Sarjana Muda

1) Sarjana Muda Da'wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian

2) Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

3) Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian

4) Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama dengan Kepujian.

Sarjana

1) Sarjana Da'wah dan Pengurusan Islam

2) Sarjana Da'wah dan Kepimpinan Islam

3) Sarjana Kaunseling ( Kaunseling Keluarga )

4) Sarjana Kaunseling ( Penyalahgunaan Dadah )

5) Sarjana Komunikasi ( Pengurusan Media )

Program Pasca Siswazah

1) Pasca Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah

Doktor Falsafah

1) Doktor Falsafah Dakwah dan Pengurusan Islam

2) Doktor Falsafah Kaunseling

3) Doktor Falsafah Komunikasi

4) Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia

 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988182/8184, Faks: +606-798 8252 , Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.