SARJANA MUDA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA DENGAN KEPUJIAN



SARJANA MUDA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA DENGAN KEPUJIAN

Latar Belakang


Sesuai dengan keperluan semasa, program ini diwujudkan dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang Pengajian Akidah dan canada viagra office Agama yang berkeupayaan membantu negara dalam menangani isu-isu kesesatan akidah dan juga isu-isu murtad.

Program ini telah mengambil kumpulan pelajar sulungnya pada tahun 2009/2010. Adalah diharapkan, program ini akan menjadi satu wadah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam menangani isu-isu kesesatan, murtad di Malaysia. Program ini juga diharapkan akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan ajaran Islam yang hakiki.

Objektif:

Program Pengajian Akidah dan Agama ditawarkan bagi melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai agama Islam serta mempunyai kemahiran untuk menyampaikan dan menyebarkan pengetahuan tersebut kepada masyarakat.

Melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang Pengajian Akidah dan pelbagai Agama serta Falsafah sesuai dengan perkembangan semasa.
Mengeluarkan graduan yang mampu menghayati nilai-nilai Islam dan mampu menangani masalah ajaran sesat.
Melahirkan pelajar yang mempunyai nilai toleransi umat dan cheapest generic cialis agama.
Melahirkan graduan yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Melahirkan graduan yang mampu mempertahankan dan menjelaskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988182/8184, Faks: +606-798 8252 , Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.