Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam

 

Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam

Program ini bertujuan :

Menghasilkan pemikir dan pengamal dalam da’wah yang yakin diri dan resilien dalam bersemuka dengan cabaran dalam era globalisasi di samping mempunyai kemahiran atau keupaayaan untuk memimpin ke arah masyarakat yang harmoni dan bertamadun.

- Meningkatkan kelayakan dan kompetensi graduan dalam bidang dakwah dan kepimpinan Islam untuk menghasilkan graduan yang mampu menjadi pemikir dan pengamal da’wah yang terpuji khasnya dalam menyelesaikan isu-isu sosial masa kini seperti penagihan dadah, budaya hedonism, gangsterism dan lain-lain.


- Mengintegrasikan bidang pengamalan pengurusan dan pembangunan modal insan dalam pengajian dakwah untuk mengembangkan pembangunan modal insan dalam negara.

- Meninggikan taraf USIM sebagai salah sebuah institusi pengajian dan penyelidikan dalam bidang berkaitan pengajian Islam yang tidak memisahkan Islam dengan disiplin ilmu yang lain seperti media, kaunseling dan sebagainya.

- Menghasilkan pemikir kelas pertama modal insan dan kepakaran dalam mengaplikasikan teknologi terkini dalam mencapai visi negara.

 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988182/8184, Faks: +606-798 8252 , Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.