SEMINAR PENYELIDIK MUDA FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN 2018

 

Jemputan Membentangkan Kertas Kerja

SEMINAR PENYELIDIK MUDA FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN 2018

FACULTY OF LEADERSHIP AND MANAGEMENT YOUNG RESEARCHER SEMINAR 2018

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dalam meneruskan kecemerlangan budaya akademik di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, para pelajar prasiswazah tahun akhir adalah dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Penyelidik Muda Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan 2018 seperti dalam butiran berikut:

Tarikh : 12 Disember 2018
Hari : Rabu
Tempat : DKF 1.2 FKP, Fakulti Kepimpinan Dan
Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kesemua kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam e-Prosiding Seminar Penyelidik Muda Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan 2018.

Terdapat dua kategori hadiah yang mesti dimenangi dalam seminar ini iaitu:
1. Penulisan Kertas kerja terbaik dalam program pengajian, dan
2. Pembentangan kertas kerja terbaik dalam program pengajian



1. Jemputan Membentangkan Kertas Kerja Seminar 
2. Template Kertas Kerja Seminar

3. Poster Seminar




Syarat-Syarat Penulisan Kertas Kerja:

1. Pelajar boleh memilih untuk menerbitkan mana-mana bahagian penulisan dalam projek ilmiah mereka seperti kerangka konsep, tinjauan literatur, kajian biografi, perbincangan kajian, dapatan kajian, cadangan kajian untuk dibentangkan dalam seminar ini.

2. Kertas kerja boleh ditulis dan dibentangkan sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

3. Pelajar mestilah menulis kertas kerja dengan penyelia projek ilmiah dan memasukkan nama penyelia untuk diterbitkan secara bersama.

4. Jumlah halaman kertas kerja mestilah antara 7-10 halaman sahaja.

5. Gunakan font Times New Roman saiz 12 (Traditional Arabic 16) dengan satu setengah langkau (1.5 spacing).

6. Sistem rujukan dan bibliografi hendaklah menurut panduan gaya penulisan akademik USIM

7. Templat kertas kerja bolehlah dirujuk di Lampiran A: Templat Kertas Kerja Seminar

8. Tajuk, abstrak dan kertas kerja penuh hendaklah diemelkan ke Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. bersama dengan maklumat seperti nama penuh pembentang, no. matriks, no. telefon & alamat emel

9. Kertas kerja penuh mestilah dihantar sebelum atau pada Jumaat, 7 Disember 2018, jam 5 ptg.

10. Penulisan kertas kerja terbaik akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria berikut: organisasi idea, ketepatan fakta, gaya bahasa, huraian metodologi, sumbangan kepada pengetahuan dan format penulisan.

11. Pembentangan kertas kerja terbaik pula akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria berikut: gaya bahasa, alat bantuan visual, organisasi idea, tempoh masa dan soal jawab.

12. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.

 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988182/8184, Faks: +606-798 8252 , Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.