FKP: Sorotan 2019

Kandungan 0 - Prakata 1 - Bersama Komuniti 6 - Bersama Industri 15 - Wacana Intelektual 21 - Ikon & Inspirasi 29 - Penyelidikan 31 - Penerbitan & Persidangan S O R O T A N 2 0 1 9 AKAR DAN DAHAN Jika integrasi ilmu Naqli dan Aqli merupakan akar kepada pendidikan di USIM, maka Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) adalah dahannya. Di fakulti inilah berlakunya integrasi antara program Dakwah, Pengurusan, Akidah, Kaunseling, Pengajian Agama, Komunikasi dan Media Baharu. Alhamdulillah, Pada tahun 2019 FKP terus memfokuskan kepada; 1) Memperkukuhkan kualiti dan standard pengajian program Sarjana Muda dan Pasca-siswazah, 2) Menyemarakkan hubungan Fakulti dan Industri dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan 3) Memperkayakan aktiviti libatsama masyarakat; dan 4) Menyediakan platform penyelidikan dan inovasi bagi tujuhan utama fakulti. Insyaallah, melalui usaha tersebut, ia mampu untuk terus merealisasikan wawasan fakulti dalam melahirkan insan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang cemerlang, yang bukan sahaja hebat dalam profesion masing-masing, tetapi sentiasa bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat. MOHD FAIZAL KASMANI EDITOR

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=