FKP: Sorotan 2019

MINGGU BERSAMA INDUSTRI MINGGU BERAMA INDUSTRI yang dimulakan pada tahun 2019 bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara industri dan warga fakulti sekaligus membuka lebih ruang bagi kolaborasi penyelidikan, perundingan serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Seramai 33 orang pakar industri telah berkunjung ke fakulti bagi menjayakan program ini untuk berkongsi pengalaman bersama para pelajar dalam bentuk "team-teaching" bersama tenaga akademik berdasarkan subjek pengajaran bagi setiap program. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan cabaran dunia pekerjaan serta realiti alam pekerjaan. Pada tahun 2019, MINGGU BERSAMA INDUSTRI telah diadakan pada 22 April 2019 hingga 26 April 2019 dan 11 November 2019 hingga 15 November 2019. 7

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=