FKP: Sorotan 2019
OHTA Tabung Haji dengan kerjasama pelbagi agensi menjalankan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) bagi musim haji 1440H/2019M di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA (MHCC) bermula 3 Julai 2019 hingga 5 Ogos 2019. Seramai 62 orang pelajar dan 3 orang kakitangan USIM terlibat dalam Program Sukarelawan Operasi Haji Tanah Air pada musim haji yang lalu. Program ini memberi peluang kepada warga fakulti menyumbang bakti dalam menyantuni Dhuyufulrohman yang bakal berangkat menyempurnakan Rukun Islam Kelima. Program Sukarelawan Operasi Haji Tanah Air (OHTA 2019) CHIBA ISLAMIC CULTURAL CENTRE Delegasi daripada Chiba Islamic Cultural Centre yang terdiri daripada 12 remaja Muslim bersama pengerusinya Haji Kyoichiro Sugimoto berkunjung ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu lawatan "Cultural Exchange Programme". Selain menjadi keluarga angkat bersama beberapa ahli Fakulti, mereka turut diraikan dalam sesi dialog berkaitan kehidupan sebagai Muslim di Malaysia dan Jepun. Perbincangan turut diadakan bersama Haji Sugimoto untuk Fakulti menganjurkan "Summer Programme" bersama remaja Muslim di Jepun sekitar Ogos 2020. 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=