FKP: Sorotan 2019

PELAJAR IKON DAN INSPIRASI Warga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan terus cemerlang dengan mencatatkan beberapa kejayaan dan pencapaian yang membanggakan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2019. Kejayaan berganda pasukan bola sepak Fakulti yang menjuarai Pingat Emas Sukan antara Fakulti (SUFA) diikuti dengan kejuaraan Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merupakan antara pencapaian yang cukup diingati oleh warga Fakulti pada tahun 2019. Tidak kurang hebatnya pelajar fakulti yang menyertai Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2019 (SUPTIM). Pasukan Bola Tampar Lelaki (emas), Ping Pong (emas), pasukan bola tampar perempuan (perak), pasukan bola jaring S O R O T A N 2 0 1 9 (perak), masing-masing cemerlang di pentas sukan peringkat kebangsaan. Bakat pelajar fakulti terus cemerlang dengan beberapa kemenangan di peringkat antarabangsa dan tempatan. Siti Asyah Baain mendapat tempat ke-2 dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Universiti Pengajian Tinggi Peringkat Serantau di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. Manakala Zulkifli Baharuddin membuktikan kehebatan bakat nyanyian beliau apabila menjuarai Pertandingan Lagu Melayu Asli di Festival Kebudayaan Universiti Malaysia (FESKUM). Mohamad Syafiq Salih cemerlang di pertandingan IPTA Young Motivator Competition dengan mendapat tempat ke-2. Manakala pasukan pelajar komunikasi berjaya mendapat tempat ke-3 di pertandingan IMPACT 2019 dalam kategori Print Ads dan Short Video. 22

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=