FKP: Sorotan 2019

LAWATAN TAHUNAN KE RUMAH IBADAT Pada April 2019 dan Disember 2019, Program Pengajian Akidah dan Agama meneruskan program lawatan tahunan ke rumah-rumah ibadat. Kali ini lawatan diadakan ke rumah agama Gudrawara Sikh, Methodist Church dan kuil buddha di Selangor. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi subjek Agama Samawi, Agama Wadhie, Metodologi Kajian Agama dan Akhlak Peraturan Agama. Melalui lawatan ini pelajar secara “experiential learning” dapat melihat dan memahami secara terus praktis anutan agama-agama, di samping melakukan temubual bersama penganut agama itu sendiri. Ia sekaligus dapat memberikan pemahaman yang tepat dalam mengkaji dan memahami agama-agama yang dianuti di negara ini. S O R O T A N 2 0 1 9 13

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=