FKP: Sorotan 2019
S EM I NAR ON MAR I T A L AND S E XUA L I T Y COUN S E L I NG ( MA S E C 2 0 1 9 ) Buat julung kalinya Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menganjurkan MASEC 2019 dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan. Seminar tahunan anjuran program Kaunseling ini melibatkan seramai 250 peserta yang terdiri dari kalangan pelajar kaunseling, kaunselor, pegawai psikologi dan kakitangan yang terlibat dengan institusi keluarga dan perkahwinan. Pelbagai pembentangan kertas kerja dan kajian kes yang berkisar mengenai isu-isu kekeluargaan dan seksualiti dibincangkan. Datuk Dr Narimah Awin, Pengerusi LPPKN dalam ucapannya berkata peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling perlu dilihat sebagai keperluan penting dalam situasi masyarakat kini yang berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup. MASEC 2019 turut membincangkan kehendak dan keperluan dalam melahirkan kaunselor profesional yang benar-benar bersedia untuk membantu klien-klien dari pelbagai sudut dalam hal ehwal keluarga dan rumahtangga yang semakin kompleks. 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=