FKP: Sorotan 2019
MUSLIM IN CREATIVE MEDIA INDUSTRIES (MICMI 2019) Pada 24 April 2019, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menerima kehadiran pengamal industri media bagi perbincangan meja bulat sempena Persidangan Industri Media Kreatif (MICMI2019). Perbincangan meja bulat ini antara lain membincangkan isu-isu melibatkan umat Islam di industri media dalam usaha mengimbangi tuntutan pekerjaan dan kehidupan beragama. Antara yang hadir adalah pengarah Jenama, Pemasaran dan Komunikasi Al-Jazeera, Satnam Matharu; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV AlHijrah, Datuk Izelan Basyar; bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga Felo Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), S O R O T A N 2 0 1 9 Datuk Mior Kamarulbaid dan wakil industri lain termasuk bidang animasi dan perfileman. Antara persoalan utama yang dibincangkan adalah bagaimana mengimbangi tuntutan agama dengan keperluan kerja di bidang media kreatif yang sangat menuntut masa dengan gaya hidup yang tidak semestinya selesa bagi pengamal industri. Kesedaran agama yang meningkat dari semasa ke semasa dilihat menjadi pencetus utama kepada perubahan gaya hidup pengamal media sekaligus menuntut kepada perubahan gaya kerja yang lebih mencerminkan penghayatan dan kefahaman Islam. 11
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=