FKP: Sorotan 2019

S I J I L P EMB I MB I NG I BADAH HA J I ( S P I H 2 0 1 9 ) Sijil Pembimbing Ibadah Haji (SPIH) diteruskan buat kali ke -10 melalui kerjasama tenaga pakar Fakulti dan Tabung Haji. SPIH bertujuan untuk melahirkan Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Suci (PIHTAS) yang berpengetahuan tinggi di bidang pengajian ibadat haji melalui pembelajaran yang sistematik dan menyeluruh. Program persijilan ini merupakan syarat asas bagi Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA) menjadi Pengkursus Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS). SPIH merupakan usaha flagship USIM dan Lembaga Tabung Haji yang terjalin sejak tahun 2010. Program persijilan ini menyediakan gabungan modul dan kepakaran dari fakulti dan Tabung Haji dengan pengisian merangkumi kemahiran pengajaran, komunikasi, kaunseling dan pengurusan haji yang berkesan, persoalan hukum-hakam dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan manasik haji. SPIH 2019 telah dihadiri oleh 150 orang peserta yang mengikuti kursus selama 5 hari. Sebanyak 14 modul pembelajaran telah diadakan termasuk latihan formal dan profesional bagi membimbing bakal haji di tanahair ke tanah suci. 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=