Articles

Home/Articles
Articles2020-03-27T09:00:37+08:00

PERKASA WANITA DENGAN KASIH

Wanita merupakan tunggak utama dalam pembangunan negara. Bermula dari institusi keluarga hinggalah ke arena kepimpinan negara, peranan wanita tidak boleh disanggah mahupun dikecilkan. Lebih sinonim, kehadiran wanita mewarnai kehidupan setiap individu yang berada di sekelilingnya. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 ini, suntikan tema “kasih wanita” menjadi gagasan untuk memperkasakan golongan wanita sebagai modal insan yang berdaya saing, kompeten, dihargai, dan mencapai kesejahteraan holistik. Sehubungan itu, tema “kasih” ini tercipta hasil akronim yang memberi refleksi kepada nilai keluarga iaitu Kasih sayang, Akhlak, Sihat fizikal dan mental, Ilmu dan Harmoni (KASIH). Elemen kasih ini amat signifikan dalam memperkasakan wanita ke arah mencapai kehidupan sejahtera. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan statistik pemerkasaan wanita dalam domain terpilih bagi Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2021 adalah sebanyak 0.707 [...]

TUJUH FADILAT PUASA MENURUT IMAM AL-IZZ IBN ABD AL-SALAM (577-660H)

Setelah berlalunya malam Nisfu Syaaban, ini menunjukkan bahawa bulan Ramadan bakal menjelang tiba. Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al-shahr al-mubārak), bulan ibadat (shahr al-Ibadah) dan penghulu segala bulan Islam (sayyid al-shuhūr). Pada bulan Ramadan, semua umat Islam yang cukup syarat wajib puasa ditaklifkan untuk menyempurnakan ibadat puasa. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, 2: ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”   […]

DADAH ANCAMAN KEPADA KESEJAHTERAAN KELUARGA

Keluarga yang sejahtera merupakan matlamat utama dalam setiap perkahwinan. Tidak kira apa jua latar belakang individu, agama, bangsa dan status, setiap daripada individu pasti menginginkan kebahagiaan. Keluarga yang bahagia akan menjadi penanda aras kepada satu sistem masyarakat yang harmoni dan melahirkan generasi yang hebat. Hal ini kerana, kehebatan masyarakat dan negara adalah berasaskan kehebatan institusi keluarga. Bahkan, berdasarkan tafsiran dari Surah al-Rum ayat 21 di dalam al-Quran, perkahwinan dibina bertujuan untuk menikmati ketenangan, kasih sayang dan rahmah dalam rumah tangga. Namun, dalam melayari bahtera rumah tangga, pasangan suami dan isteri sudah pasti berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat perkahwinan bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga. Salah satu cabaran besar yang dihadapi dalam institusi keluarga ialah berhadapan dengan pasangan ataupun anak yang terlibat dengan [...]

SAMBUTAN HARI PERSAUDARAAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL DAY OF HUMAN FRATERNITY) 2023

Setiap tahun, umat dunia pasti dihidangkan dengan pelbagai isu yang melibatkan peperangan antara negara, pergaduhan antara kaum, dan juga pertengkaran antara kumpulan dan agama. Sehingga saat artikel ini diterbitkan, penindasan dan kekejaman yang berlaku di Palestin masih belum berakhir. Krisis antara Russia dan Ukraine yang berlangsung sejak awal tahun 2021 juga masih lagi berlarutan.   Terdapat pelbagai punca dan sebab musabab kesemua peperangan, pergaduhan dan pertengkaran ini berlaku. Kendatipun begitu, sebagai warga dunia yang waras dan ahli masyarakat yang bertamadun, tidak semua salah faham, perbezaan pandangan dan konflik kepentingan mesti berakhir dengan peperangan, pergaduhan dan pertengkaran. Sebaiknya, kesemua salah faham, perbezaan pandangan dan konflik kepentingan dibincangkan secara baik dan diselesaikan secara matang demi memenangkan kesejahteraan hidup sejagat dan kelestarian alam semesta.  […]

TEKANAN EMOSI: DERITA TANPA KESAN

Masalah kesihatan mental di Malaysia dilihat kian meruncing di mana statistik menunjukkan trend peningkatan individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Statistik menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44,061 panggilan. Tambah gusar adalah apabila statistik tingkah laku bunuh diri juga berada pada kadar yang membimbangkan dan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus pada tahun 2021 (1,142 kes) berbanding dengan 631 kes yang dilaporkan pada tahun 2020. […]

NAR, NUR DAN NETIZEN: BERITA PALSU ANTARA PEMBOHONGAN DAN KEBENARAN

Kebelakangan ini banyak berita yang disebarkan dalam media sosial tidak benar.. Penyebaran berita yang tidak benar itu mengguggat keharmonian dan ketenteraman masyarakat. Antara contoh berita palsu yang tular ialah berita mengenai penolakan vaksin akibat berita yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp di Sinar Harian pada 28 Februari tahun ini. Ia melaporkan akibat berita palsu yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menjadi antara faktor masyarakat Melayu di Pulau Pinang menolak pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada anak mereka. Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin dilaporkan berkata, selain itu, masih ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang ragu-ragu terhadap status vaksin walaupun mereka telah diberi penjelasan termasuk daripada mufti. […]